Wednesday 9 March 2011

MALAYSIA MENANG AGREGAT 2-0

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menang dalam perlawanan malam tadi di Lahore, Pakistan walaupun seri 0-0 sehingga tamat 90minit. Kelebihan agregat 2-0 dari perlawanan pertama di Shah Alam pada 23 Februari lalu nyata memberi kelebihan pada pasukan Malaysia untuk beraksi pada perlawanan timbal balik pada malam tadi.

Walaupun perlawanan siaran laNgsung tidak dapat disaksikan seluruh peminat tempatan melalui siaran langsung di RTM dan Astro, ia tidak mematahkan semangat penyokong untuk mengetahui perkembangan perlawanan dari masa ke semasa menerusi internet. Melalui laman sosial seperti Facebook, peminat tidak putus-putus memberi komen dan bertanya status perlawanan setiap masa. Antaranya seperti http://www.facebook.com/footballpakistan


kiri: Sebahagian penyokong yang hadir ke stadium Punjab untuk memberi semangat kepada pasukan Malaysia.










Teruskan mengikuti perkembangan dan menyokong pasukan kebangsaan. Diharapkan Malaysia akan layan ke sukan Olimpik 2012, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment