Wednesday 9 March 2011

VIDEO perlawanan PAKISTAN vs MALAYSIA (Malaysia menang agregat 2-0)

Assalamualaikum semua. Sedikit imbasan perlawanan diantara Pakistan dan Malaysia yang dapat saya kongsikan bersama anda. Diharapkan ia memberi kelegaan kepada anda yang tidak dapat menyaksikan siaran secara langsung di RTM dan Astro. Saya difahamkan terdapat gangguan teknikal di pakistan berkaitan kegagalan penghantaran isyarat gelombang ke Malaysia. Apepun, teruskan sokongan dan mengikuti perkembangan pasukan kebangsaan dari masa ke semasa. Terima kasih.


MALAYSIA MENANG AGREGAT 2-0

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menang dalam perlawanan malam tadi di Lahore, Pakistan walaupun seri 0-0 sehingga tamat 90minit. Kelebihan agregat 2-0 dari perlawanan pertama di Shah Alam pada 23 Februari lalu nyata memberi kelebihan pada pasukan Malaysia untuk beraksi pada perlawanan timbal balik pada malam tadi.

Walaupun perlawanan siaran laNgsung tidak dapat disaksikan seluruh peminat tempatan melalui siaran langsung di RTM dan Astro, ia tidak mematahkan semangat penyokong untuk mengetahui perkembangan perlawanan dari masa ke semasa menerusi internet. Melalui laman sosial seperti Facebook, peminat tidak putus-putus memberi komen dan bertanya status perlawanan setiap masa. Antaranya seperti http://www.facebook.com/footballpakistan


kiri: Sebahagian penyokong yang hadir ke stadium Punjab untuk memberi semangat kepada pasukan Malaysia.










Teruskan mengikuti perkembangan dan menyokong pasukan kebangsaan. Diharapkan Malaysia akan layan ke sukan Olimpik 2012, Insyaallah.

Live: Pakistan vs Malaysia

Pihak TV Pakistan gagal menghantar Signal ke pihak Astro disebabkan Jenis Signal yang berlainan dengan Satelit Malaysia.


info by:

Tuesday 8 March 2011

KELAYAKAN OLIMPIK

Pakistan Olimpik lwn Malaysia Olimpik (Kelayakan Olimpik)
Tarikh: 9 Mac 2011
Masa: 8.30 malam
Lokasi: Std. Punjab, Lahore Pakistan

SEJARAH LAGU NEGARAKU


Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.
Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.
Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

LIRIK:

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

SALAM PERKENALAN

Syukur alhamdulilllah, bermula dari semalam hingga ke saat ini saya masih dipanjangkan umur untuk meneruskan usaha membangunkan blog 'Tanah Tumpahnya Darahku'. Untuk pengetahuan anda semua, tujuan blog ini dibangunkan tidak lain dan tidak bukan untuk membuka ruang kepada anda semua berkongsi pendapat, pandangan, idea-idea baru, atau sebarang kritikan. Maklumlah blog ini pun baru saja berusia 2 hari. Saya juga akan cuba meng'update topik-topik yang segar untuk dikongsi bersama anda. 

Harapan saya agar blog ini  mencatat jumlah pengunjung yang ramai suatu masa nanti, Insyaallah. Teruskan sokongan anda.




Lyrics to Relax, Take It Easy :

Took a right to the end of the line
Where no one ever goes.
Ended up on a broken train with nobody I know.
But the pain and the (longings) the same.
(Where the dying
Now I’m lost and I’m screaming for help.)

Relax, take it easy
For there is nothing that we can do.
Relax, take it easy
Blame it on me or blame it on you.

It’s as if I’m scared.
It’s as if I’m terrified.
It’s as if I scared.
It’s as if I’m playing with fire.
Scared.
It’s as if I’m terrified.
Are you scared?
Are we playing with fire?

Relax
There is an answer to the darkest times.
It’s clear we don’t understand but the last thing on my mind
Is to leave you.
I believe that we’re in this together.
Don’t scream – there are so many roads left.

Relax, take it easy
For there is nothing that we can do.
Relax, take it easy
Blame it on me or blame it on you.

Relax, take it easy
For there is nothing that we can do.
Relax, take it easy
Blame it on me or blame it on you.

Relax, take it easy
For there is nothing that we can do.
Relax, take it easy
Blame it on me or blame it on you.

Relax, take it easy
For there is nothing that we can do.
Relax, take it easy
Blame it on me or blame it on you.

It’s as if I’m scared.
It’s as if I’m terrified.
It’s as if I scared.
It’s as if I’m playing with fire.
Scared.
It’s as if I’m terrified.
Are you scared?
Are we playing with fire?

Relax
Relax

[ These are Relax, Take It Easy Lyrics on http://www.lyricsmania.com/ ]